Cara Putih Secara Traditional

Cara nak putih secara tradisional.

Siapa kat dunia ni tak nak putih?Tipu lah kalau cakap tak nak putih kan.Setiap wanita mesti mahu wajah yang putih mulus ,licin dan gebu.So hari ni sis nak kongsikan beberapa tips Untuk cantik secara traditional Tanpa menggunakan sebarang produk.Kadang² produk yang kita guna ini banyak bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah kita dan lah mahal tapi buat wajah kita makin teruk pulak  kan.So lebih baik menggunakan kaedah traditional yang diamalkan oleh orang dulu².



Sape yang tak nak putih macam artis korea kan☝

Cara Untuk putih secara tradisional :








1.minum air masak
Badan kita memerlukan sekurang²nya 2ml air serial hari Untuk membuang sel² kulit mati. So ia dapat menghasilkan sel kulit yang baru dan dapat memutihkan kulit kita so rajin² lah minum air ye!





2.limau nipis
Semua orang tahu yang limau nipis banyak khasiat selain daripada sedap buat teh o ais limau nipis dapat mencerahkan wajah anda.Caranya adalah belah dua limau nipis tersebut dan gosokkan limau nipis ke wajah anda lakukan selepas anda membasuh muke ok.Anda akan dapat lihat perbezaannya selepas beberapa minggu.





3. Tomato
Selain Untuk dimasak tomato juga digunakan Untuk memutihkan muka.caranya ialah memotong tomato kepada dua bahagian and then sapu ke muka or cincang tomato letak kan sedikit air and sapu kan ke muka.alah macam ala² mask tu.lepastu biarkan selamat 20-30 minit and then boleh basuh.




4.Air beras
Ramai yang tak tahu yang air beras ni boleh memutihkan kulit . ramai yang buang air beras selepas digunakan.So lepasni tak payah nak buang air beras ni ok.Cara nak gunakan air beras ni ialah dengan merendam kan badan kita dalam air beras.mandi selama 20 minit.Anda dapat lihat kesannya dalan beberapa bulan.




5.Lidah buaya
Lidah buaya ataupun aloe vera memang banyak kegunaannya antaranya Untuk kesihatan dan wangian.lidah buaya juga digunakan Untuk memutihkan wajah caranya ialah ambik sedikit lendir lidah buaya dan sapu kan pada wajah sebelum tidur.lakukan pada setiap malam.ia bukan sahaja memutihkan malah melicinkan kulit wajah anda.Anda akan dapat lihat kesannya selepas beberapa bulan.


*tips bonus.
Perkara ini memang senang iaitu hindari daripada sinaran matahari .sinaran matahari yang baik ialah sebelum pukol 10.jadi jika boleh hindari daripada sinaran matahari kerana ianya punca utama kulit wajah anda gelap.


Jadi selamat mencuba!

Comments